Quantcast
Channel: DESTINATION – Faizal Fredley
Viewing all 89 articles
Browse latest View live

Melancong ke Jepun 2015

$
0
0

10846070_10203447981264144_4636386610565567155_n

Melancong ke Jepun 2015 | Alhamdulillah rezeki datang tanpa di duga. Memang tak disangka aku dapat peluang untuk melancong ke jepun 2015 nanti. Dalam hati asyik duk makan hati jer bila Air Asia bawak blogger melancong ke china. Dalam hati aku bila lagi?

Tapi tak mengapa mungkin air asia tak pandang blogger cikai macam aku tapi rezeki itu ada dimana-mana. Akhirnya aku berpeluang untuk melancong ke jepun.

Melancong kali ni agak seram jugak sebab aku akan ke sana sorang-sorang. Selama 5 hari aku kena survive kat sana. Semua tempat menarik di jepun aku kena cari sendiri dan transport disana pun kena cari sendiri.

InshaAllah semua akan ok. masa kat taiwan bulan julai lepas pun aku pergi sorang dan alhamdulillah masih hidup sampai ke hari ni.

Excited pun pun ada takut pun ada. Nasib baik aku pernah review tempat menarik di Okinawa jepun tahun lepas. Dapat jugak sedikit tips.

Kalau akwan-kawan yang pernah gi jepun tu silakanlah kongsi tips melancong ke jepun. Niat di hati nak tengok bunga sakura. Katanya awal april baru mekar.

The post Melancong ke Jepun 2015 appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.


Pakej Percutian ke Eropah 2015

$
0
0

Roadtrip-Europe

Pakej Percutian ke Eropah 2015 | Mencari pekej percutian ke eropah? ya sama macam aku. Aku sekarang sedang merancang untuk ke eropah bagi menyahut cabaran travel 30 hari di bulan april 2015 nanti.

Macam-macam rancangan aku telah buat kali ni. maklumlah percutian kali ini agak jauh dan memakan masa yang lama selain perbelanjaan yang cukup besar.

Jadi aku nak pastikan percutian aku ke eropah kali ini agak berbaloi memandangkan lepas ni belum tentu lagi aku akan jejak di bumi eropah ni.

Jadi alang-alang pergi baik aku pastikan semuanya berjalan lancar. Kalau boleh aku tak nak ada masalah bila aku melancong kelak. x syoklah kalau melancong ada masalah.

Ok di bawah ni itinerary aku tentang perjalanan aku ke eropah. Maybe banyak kena ubah disebabkan terlalu padat. Jadi aku mungkin akan fokus hanya beberapa negara sahaja.

Screen Shot 2014-12-16 at 7.27.32 PM

Thanks kepada Group Backpacker Buddies Malaysia (BBM) yang banyak memberi cadangan atas percutian aku kali ni.

Selain tu aku ada google juga pasal ni dan aku jumpa satu pakej percutian ke eropah 2015 di blog akuislam.com pakej yang di tawarkan not bad. Jadi siapa yang brminat nak ke eropah boleh cuba pakej dari akuislam.com.

Pakej Percutian Ke Eropah 2015

Jadi anda telah merancang untuk bercuti ke Eropah pada tahun 2015 akan datang? Jadi ke manakah hala tuju tuan dan puan? Mungkin ke London – Paris – Amsterdam – Brussel – Luxembourg – Switzeland?

Atau anda ingin menjelajah ke semua negara dan bandar tersebut? Disini kami sertakan pakej percutian ke Eropah termurah bagi tahun 2015 ( Pakej Percutian Ke Eropah –PROMOSI 6 NEGARA! ).

Untuk makluman pakej yang kami tawarkan ini adalah mengunakan Tent / Camping sebagai tempat bermalam. Namun anda juga boleh menempah resort /caravan untuk bermalam, ianya sesuai jika anda berkeluarga atau mempunyai anak kecil.

Namun anda boleh mengikuti pakej percutian ke Eropah kami dengan harga murah yang kami tawarkan.

Pakej ini akan menawarkan dan menjelajah:

  • London
  • Amsterdam
  • Brussels
  • Paris
  • Luxembourg
  • Swiss

The post Pakej Percutian ke Eropah 2015 appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.

Persediaan Melancong ke Eropah dan Jepun

$
0
0

10343490_10203536305072184_2665144588154272076_n

Persediaan Melancong ke Eropah dan Jepun | Aku rasa selagi aku tak selesai kembara 30 hari aku tahun depan selagi tu aku akan update pasal melancong ke eropah dan jepun ni. Bukan apa jarang sekali dapat peluang sebegini rupa.

Bagi persediaan untuk part 1 ni aku baca buku tentang negera-negara eropah dan juga jepun. (Actually belum baca lagi). Bukan nak kata semangat tapi mana lah tahu kot-kot membantu aku nanti bila aku travel. Semua tempat-tempat yang menarik hendaklah di bookmark terlebih dahulu. Pastu jalan-jalan nak ke tempat2 tertentu kena lah tahu gak.

Bagi kat jepun cara-cara nak naik train kat sana orang kata berbeza jadi kena lah study sikit. Maklumlah pergi sorang-sorang nanti.

Apapun aku rasa macam berat je nak khatamkan semua buku2 nih…hehe sejak habis study ni rasa masa berkarat pun ada otak ni..hehehe

The post Persediaan Melancong ke Eropah dan Jepun appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.

Bercuti di Musim Sejuk di Korea

$
0
0
10

Gambar dari Google

Bercuti di Musim Sejuk di Korea | Alhamdulillah minggu depan sempena tahun baru aku dapat cuti selama 4 hari. Rasa seronok gila. Sepanjang aku bekerja di company ni, inilah kali pertama aku dapat cuti lama.

Jadi bila cuti lama ni apa lagi buat kaki travel macam aku ni melancong lah jawab nya. Kali ini aku teringin nak melancong di tempat sejuk dan bersalji. Teringin nak pakai baju tebal-tebal pastu main salji. Wohaaa syoknya.

Walaupun ramai kata kalau nak bercuti tak sesuai pilih musim sejuk. Tapi tak kisahlah aku nak cuba juga untuk bercuti di musim sejuk nih.

Hasil carian google tentang Musim – Musim di Korea aku dapatlah jawapan yang aku mahukan.

Destinasi pilihan aku untuk cuti kali ni tak banyak, memandangkan cuti 4 hari cukuplah melancong di asia. Jadi pilihan aku sama ada di jepun dan korea. Hanya 2 negara ini sahaja yang ada salji buat masa ni.

Memandangkan bulan april nanti aku dah nak fly ke jepun jadi pilihan aku kali ini hanyalah korea. Walaupun korea dah plan untuk pergi oktober nanti. Tapi tak kisahlah oktober musim autum, Januari musim salji.

Apapun kalau ada rezeki terbanglah aku ke korea seoul minggu depan. Kalau tak der rezeki fly balik kelantan jer lah. cuci rumah lepas banjir. Hehehe

Tapi sebelum bercuti kdi tempat sejuk tu apa kata kita layan dulu Tips Bercuti di Musim Sejuk.

The post Bercuti di Musim Sejuk di Korea appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives

$
0
0

6bb76060604dd5fffe7bd996c40f87af_large

7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives | InshaAllah jika diizinkan Nya cuti raya cina 2015 aku akan habiskan cuti aku di pulau yang awesome iaitu pulau maldives. Percutiaan yang mengambil masa 4 hari 3 malam ini telah di rancang dipenghujung tahun 2014. Semoga ianya dipermudahkan.

Ini merupakan kali pertama aku akan fly dengan lebih jauh, lebih tinggi dan lebih mencabar seumur hidup aku.

Untuk ke Maldives memang merupakan impian aku yang bakal jadi kenyataan. Dari dulu lagi teringin jer nak ke Maldives tapi memandangkan ekonomi negara dan diri sendiri tak begitu stabil terpaksa lupakan sahaja.

Namun kini setelah bergelar travel blogger barulah aku dapat peluang untuk merealisasi kan impian aku.

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak diLautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil.

Screen Shot 2015-01-19 at 1.48.26 PM

 PERSEDIAAN BERCUTI KE MALDIVES

Ok ni antara sedikit persediaan yang aku google bagi persedian bercuti ke Maldives nanti.

#1. Tempahan Hotel. Tempahan hotel boleh di buat melalui Booking.com. Bagi yang bajet rendah korang boleh stay di hulhumale. Kalau yang jenis anak2 dato tu boleh stay kat private island. Cuma perbezaan dia dari segi suasana dan juga permandangan. Kalau hotel dekat private island ni biasanya harga RM500++. Kalau di hulhumale dengan harga RM200++ dah boleh dpt dah.

#2. Perbezaan masa di Maldives dan Malaysia adalah di Maldives lewat 3 jam dari Malaysia.

#3. Mata wang yang digunakan di Maldives (MVR). RM1 lebih jika ditukarkan kepada MVR lebih kurang MVR4.80. tapi mostly kat sini pakai USD. Jadi aku sarankan tukar ke RM kepada USD. Lagipun kat Malaysia ni susah nak cari money changer utk tukat Matawang MVR.

#4. Wajib cuba Snorkeling dan Island Hoping. Yang ni dah ada dlm planning aku nanti.

#5. Bawa bekal dari Malaysia kalau nak jimat. Maybe boleh bawak maggi atau pun roti banyak-banyak. tak pun bawak jer rice cooker. Heheh.

#6. Cuaca lebih kurang kat Malaysia jer. Dari segi pakaian tak payah risau cuma mungkin boleh bawak sunblock. Sebab pulau ni biasnya boleh membuat kulit jadi sunburn.

#7. Boleh contact hotel yang kita dah booking awal-awal untuk pihak hotel arrange kan teksi utk pick up kita dari airport. (At least 3 hari sebelum fly)

Erm setakat ni itu je yang sempat aku buat persediaan. rasanya dah cukup kot. Maybe kalau rakan-rakan yg pernah ke sana boleh tambah jika ada yang aku terlepas pandang ker….

The post 7 Tips Persediaan Bercuti Ke Maldives appeared first on Travel Blog | Faizal Fredley.

Mood Bercuti di Maldives Alone

$
0
0
10330467_10203951920182302_7290303480555715668_n

Jalan2 di pantai maldives

Mood Bercuti di Maldives Alone | Alhamdulillah selamat mendarat di Air Port Male Maldives jam 10 malam waktu maldives. Disebabkan aku transit di Colombo menyebabkan makan masa yang agak lama untuk sampai ke sini.

Sampai kat air port pekerja hotel yang aku dah booking dalam agoda sedia menunggu aku untuk dibawa ke hotel.

Kurang lebih 15 minit dari airport. Hotel yang aku amik ni tak de lah hebat sangat. biaslaah maldives ni agak mahal sikit jadi costing untuk hotel dah terpaksa di cut cost dah. lagipom bukan sepanjang masa nak stay dalam bilik. Cukuplah untuk tidur.

Dekat hotel masa nak check in kena bayar dlm USD15 untuk upah amik dr hotel kot.

Masuk je dalam bilik terus landing. Haha x sempat nak survey tempat untuk jalan-jalan keesokan hari. Maklumlah terasa juga jetleg ni. masa di sini memang masih awal namun aku dari malaysia kira dan dekat jam 1 pagi dah masa check in.

Tapi tadi sempat lah jeling2 pakej yang hotel tawarkan. nampak macam best. nnti aku update lagi pasal pakej ni. malas pulak aku nak update blog panjang3 ni masa bercuti…

11000662_10203951945742941_8450995627983599572_n

fefeling nak update blog

ENJOY MY MOMENT HERE….HUHU

The post Mood Bercuti di Maldives Alone appeared first on Faizal Fredley.

Backpacker Pra Honeymoon di Maldives

$
0
0

IMG_9916

Backpacker Pra Honeymoon di Maldives | Alhamdulillah segalanya bejalan dengan baik sepanjang percutian secara backpacker pra honeymoon di Maldives. Walaupun hampir-hampir tak dapat fly pada awalnya dan hampir termiss flight semasa nak balik malaysia namun aku bersyukur kerana di beri peluang untuk merasai pengalaman bercuti di kepulauan Maldives.

Aku percaya tak semua orang berpeluang untuk ke sana lebih lebih lagi dengan tajaan. Dan aku bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat sedikit review tentang negara Maldives ini.

IMG_9973

Selama 5 hari 4 malam aku di maldives memang cukup menenangkan fikiran setelah penat lelah bekerja. Inilah reward baut aku. kadang-kadang kena juga manja kan diri sendiri ni. pekena Thai Massage sepukul barulah betul semua urat yg tersumbat tuh…ehhe

Ok mula2 aku nak sentuh mengenai bajet untuk berbulan madu atau honeymoon di pulau maldives ni.

IMG_9192

Bajet Honeymoon di Maldives

  • Flight

Untuk Airlines ni ada beberapa pilihan dari Malaysia yang korang boleh tempah dari awal. Antaranya Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan juga Singapore Airlines. Selain tu korang boleh amik Air Asia ke Colombo then fly terus dari Colombo melalui Sri Lankan Airline. Tapi kalau transit di Colombo maybe makan masa sikit. Aku hari tu 4 jam 50 minit dari KL ke Colombo melalui Sri Lankan Airlines then 1 jam 50 minit ke Hulhumale Maldives. Balik hari tu aku amik flight direct Malaysia Airlines makan masa 4 jam 30 minit.

  • Hotel dan Resort

Hotel di maldives ada banyak pilihan sebenarnya. Terpulangkan kat korang. Tapi aku sarankan untuk honeymoon atau bulanmadu better amik private island. So korang boleh enjoy menikmati saat manis di pulau tersebut. untuk pilihan boleh cuba pakej di Centara Ras Fushi. Resort ni juga diiktiraf dalam Tripadvisor. Harga kurang lebih USD300++ untuk satu malam termasuk breakfast, lunch dan dinner. Di centara ras fushi juga terdapat 2 jenis chalet water chalet dan juga main land. Harga beza2.

Untuk yang bajet rendah korang boleh stay di hotel sekitar Hulhumale. Majority hotel sini tak mahal sangat. Boleh dapat harga USD45 untuk semalam.

  • Pakej Aktiviti

Aktiviti yang boleh korang buat disini banyak jugak antaranya night fishing (USD99), Dolphine View, Seaplane tour, Market tour dan banyak lagi. Aku pun tak ingat semua. Pakej ni korang boleh amik di hotel yang korang stay.

  • Belanja dan Survernior

Kalau amik hotel biasa-biasa makanan disini x mahal sangat. Boleh lah kalau nak makan sedap tu. Dan kebanyakkan makanan kat sini halal. Jadi tak yah risau nak cari makanan halal. Survenior ni bagi aku tak banyak choice sangat. Hari tu aku stay di hulhumale island kedai survenior kat sini agak limited.

Ps: Keseluruhan aku belanja kat sini kurang lebih 7000 +/-

IMG_9928

Ok ni sedikit info yang aku nak kongsi tentang Maldives yang wajib korang tahu jika nak ke maldives.

  1. Maldives adalah sebuah negara Islam. Terdiri dripada 1190 buah pulau namun hanya 200 pulau yg mempunyai penduduk.
  2. Mata wang Ruffiya. RM1 = 4.24 Ruffiya
  3. Barang kat sana bapak mahal. Kpd yg pesan baju2 tu aku ckp awal2 aku X BELI sebab majoriti baju mcm bangla. Nanti korang marah aku pulak beli baju bangla. Padahal kat Malaysia pun berlambak.
  4. Range harga hotel berbeza giler. Paling murah boleh dapat RM200 dan paling mahal RM10K.
  5. Penerbangan dari Malaysia akan tiba di Lapangan Terbang Ibrahim Nasir yang terletak di Hulhule (Pulau Airport). Daripada Hulhule, anda akan menggunakan pengangkutan (airport transfer) yang disediakan oleh hotel (wajib gunakan).
  6. Agama rasmi ialah Islam dan rakyat Maldivian perlu menganut agama Islam. Agama lain tidak boleh disebarkan di negara ini. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Maldives 1997.
  7. Beza waktu dgn Malaysia 3 jam lebih awal di Maldives.
  8. Airlines boleh amik Malaysia Airlines, Sri Lankan Airline dan Singapore Airlines. Masa perjalanan 4 jam.
  9. Wajib bawak losen UV. Cuaca agak panas tapi x terasa sangat sebab angin kuat.
  10. Plug di guna sama macam malaysia plug 3 pin.
  11. Tax dan GST boleh tahan banyak tp aku x pasti brapa %. Maybe 10% kot.

Ok seterusnya aku kongsi sedikit gambar2 sepanjang aku berada di pulau maldives ini.

IMG_9458 IMG_0012 IMG_0008 IMG_9589 IMG_0055 IMG_0016 IMG_0017 IMG_0031 IMG_0034 IMG_0036 IMG_0046 IMG_9959 IMG_9957 IMG_9956 IMG_9910 IMG_9966 IMG_9968 IMG_9969 IMG_9668 IMG_9719

The post Backpacker Pra Honeymoon di Maldives appeared first on Faizal Fredley.

Promosi Air Asia ke Lombok Indonesia

$
0
0
Air-Terjun-Tiu-Kelep-Lombok

Air Terjun Tiu Kelep Lombok (gambar dari google)

Promosi Air Asia ke Lombok Indonesia | Air Asia merupakan salah satu syarikat penerbangan murah terbaik dunia. Nak dijadikan cerita minggu lepas heboh kecoh dari kaki travel di Facebook yang air asia ada membuat promosi gila-gila ke Lombok.

Aku apa lagi terus check di airasia.com dan memang harga not bad. RM99 sehala.

Terus check duit dalam akaun bank then tanya mana-mana member yang nak join terus booking flight pergi balik selama 4 hari 3 malam ke lombok.

Screen Shot 2015-03-01 at 1.14.33 AM

Trip ke Lombok yang di jadualkan pada 7 – 10 April 2015 ini diharap berjalan dengan lancar. Dah lama sebenarnya aku nak ke Lombok ni. Lepas gi Bali hari tu terus teringin rasa nak gi Lombok lak.

Semoga rancangan yang di rancang ini boleh menjadi kenyataan.

The post Promosi Air Asia ke Lombok Indonesia appeared first on Faizal Fredley.


Musim Bunga Sakura di Jepun dan Korea

$
0
0

DSC_0517

Musim Bunga Sakura di Jepun dan Korea | Jika diikutkan jadual asal sudah pasti aku sudah pun merasai kenikmatan musim bunga sakura di jepun dan korea. Namun inilah perangcangan Ilahi. Belum rezeki aku lagi untuk merasai sakura di dua buah negara ini. Tiap kali ada peluang untuk ke sana ada sahaja halangan aku untuk fly ke sana.

Tapi tak mengapalah one day aku pasti akan kesana….

Untuk sesiapa yang ingin menikmati musim bunga sakura di jepun dan korea korang boleh merancang percutiaan korang pada hujung mac hingga awal mei untuk musim sakura di jepun.

Manakala musim bunga sakura di korea pula lebih kurang sama dengan jepun iaitu pada mac, april dan mei.

Teringin juga sesekali untuk bermain sakura di sana. Tentu indah lah. Mana tahu kot2 ada yang nak sponsor aku ke jepun atau korea sangat di alu alu kan…hehehe

Ni beberapa keping gambar bunga sakura hasil cariaan google. Memang tersangat indah dah menarik.

SPRING10 Cherry-blossom-in-japan new-york-botanical-garden2

Namun begitu jangan lupa pula di Malaysia sendiri pun ada musim bunga sakurau okey. Aku stay di perlis dulu pun memang banyak gila bunga ni. Depan hostel pun berlambak hingga kadang2 atas kereta tu penuh dengan bunga. Memang cantik.

Dibawah ni beberapa keping gambar musim bunga sakura di Malaysia juga dari internet .

musim-bunga-Malaysia-20145 musim-bunga-Malaysia-20144 musim-bunga-Malaysia-2014

The post Musim Bunga Sakura di Jepun dan Korea appeared first on Faizal Fredley.

Hotel di Lombok | Kila Senggigi Beach Lombok

$
0
0

kila-senggigi-lombok

Hotel di Lombok | Kila Senggigi Beach Lombok. Lagi kurang lebih 2 minggu sebelum aku sambung maraton percutian aku pada tahun travel 2015. Dimulakan dengan Maldives dan diikuti oleh Lombok seterusnya Europe, Jepun dan Taiwan pada April dan Mei.

Untuk percutian selama 4 hari 3 malam di lombok indonesia semuanya sudah siap dan haya tunggu masa untuk fly jer. Semua tiket flight dan hotel sudah pun siap di tempah.

Kali ini aku pilih untuk stay di Kila Senggigi Beach Lombok selama 4 hari 3 malam. Biasanya aku akan stay at least 2 hari tapi disebabkan aku baca review tentang Kila Senggigi Beach Lombok agak positif so aku teruskanlah untuk malam ketiga.

3084792_17_z

Aku bukan apa sebab lepas ke lombok ni aku ada banyak lagi tempat nak travel so aku nak jimatkan tenaga sikit dan releks2 di resort. Malas pulak nak tukar tukar hotel penat.

Tentang Kila Senggigi Beach Lombok ni bagi aku mungkin bagus kot. Maybe lepas stay sana baru aku boleh buat full review tentang hotel ni.

Menurut komen-komen di laman web trip advisor majoriti komen banyak yang positif. Ni salah satu cara yang aku guna untuk booking hotel jika aku travel ke mana mana tempat.

3084792_20_z

Dari segi harga pun masih di dalam bajet lagi. Tak der lah mahal sangat hanya sekitar RM250++.

So siapa yang pernah stay kat Kila Senggigi Beach Lombok boleh berkongsi pengalamab kot….hehe

Screen Shot 2015-03-25 at 6.44.01 PM

The post Hotel di Lombok | Kila Senggigi Beach Lombok appeared first on Faizal Fredley.

Trip ke Lombok Indonesia Day 1 #KembaraFF2015 Episode 2

$
0
0

11138628_10204242306601781_4700937965165308793_n (1)

Trip ke Lombok Indonesia  Day 1 #KembaraFF Episode 2. Alhamdulillah sekitar jam 11.40 pagi 7 april 2015 aku selamat landed di Lapangan Terbang Lombok. Penerbangan yang mengambil sekitar 3 jam 10 minit lancar berikutan cuaca yang agak baik.

Hasil dari harga promosi Air Asia dapatlah aku sambar tiket flight yang boleh dikatakan murah ni. Hanya RM79.

Untuk hari pertama ni aku tak nak cakap banyak sebab aku pun bukan rajin nak taip panjang-panjang sekarang. Sejak dah masuk umo 40 tahun ni rasa berat je jari ni nak ketuk keyboard.

Sebaik tiba di Air Port aku terus di bawa oleh Pak Mohd salah seorang agent pelancongan di lombok yang aku booking dari awal lagi.

Agent ni aku ambil asing2 antara flight, hotel dan trip. Mula2 saja ingat nak jenjalan sendiri kat sini tapi rasa macam malas pulak so aku amik je agent last minit.

Dari Air Port Pak Mohd bawak kami ke tempat-tempat menarik di lombok. Antaranya aku pun tak ingat. nanti aku gitau balik ada dalam pamplet.

Trip ni termasuk 3 kali lunch dan 3 kali dinner. Breakfast di sediakan oleh pihak hotel.

Dalam jam 6 petang baru aku check ini di Kila Senggigi Hotel. Agak mewah tenang dan selesa. Harga bilik satu malam aku amik garden view. Kurang lebih Rp. 170 000.

Malam kedua dan ketiga aku tukar aku sea view harga pulak dalam Rp. 190 000. Saja nak tukar pemandangan. bangun pagi boleh tengok laut.

Apa kata korang layan sat gambar aku snap tadi..x banyak pun….

DSC_1449 DSC_1487 DSC_1488 DSC_1499 DSC_1502 DSC_1504 DSC_1505 DSC_1512 DSC_1516 DSC_1532 DSC_1533 DSC_1542

 IMG_1655 IMG_1706 IMG_1520 IMG_1529 IMG_1561 IMG_1568 IMG_1654

The post Trip ke Lombok Indonesia Day 1 #KembaraFF2015 Episode 2 appeared first on Faizal Fredley.

Bye Bye Malaysia Welcome Paris

$
0
0

20d68c77a63c018bc59df097b24f59ad_large

Bye Bye Malaysia Welcome Paris |  Alhamdulillah finally aku keluar juga dari zon travel aku yang selesa. Kali ini destinasi aku adalah Europe. Flight Emirates EK343 dari KLIA ke Paris transit Dubai akan fly malam ni 13 april 2015 jam 2 pagi.

Fly ini akan mengambil masa lebih kurang 7 jam dar KLIA ke Dubai then lagi 7 jam ke Charles De Gaulle Paris.

18692_10204271605334231_6884416465921986616_n

beli snow cap dgn mufly utk pakai di swiss

Semoga semuanya selamat. Actually aku masih lagi penat lepas hiking waterfall di Lombok 3 hari lepas. Baru balik dari Lombok aku stay in KL untuk buat sedikit preparation europe trip 2015.

Destinasi europe 2015 akan bermula di Paris then aku akan terus naik bus maybe ke London. Dari London aku naik bas or train ke manchester.

Ini merupakan kali pertama aku ke europe dan aku all alone there. So its make feel some nervous and maybe some scary. heheh

Screen Shot 2015-04-12 at 8.03.29 PM

Fuhh #KembaraFF2015 kali ini agak tuff bagi aku…Seharian aku buat preparation untuk trip kali ini.

The post Bye Bye Malaysia Welcome Paris appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester

$
0
0

IMG_2298

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester | Pertama kali aku nak ucapkan syukur Alhamdulillah kepada yang memberi rezeki kerana sebahagian keinginan aku untuk melancong ke eropah akhirnya menjadi kenyataan. Terima Kasih juga kepada penaja rasmi untuk percutian aku kali ini European Destinations dan juga Travelocity Travel terima kasih banyak-banyak. Tanpa tajaan ini tak mungkin aku mampu untuk jejakkan kaki ke bumi eropah.

IMG_2220 IMG_2217
IMG_2237 IMG_2222

Untuk Destinasi pertama aku sebagai backpacker ke europe aku memilih manchester kerana manchester merupakan bandar kedua terbesar di UK selepas London. Dan di manchester juga mempunyai suasana yang tenang dan hijau selain bangunan yang agak menarik bagi aku.

IMG_2523 IMG_2230
IMG_2526 IMG_2524

Gambar Bed & Breakfast 

Seriously memang aku kagum melihat seni bina dan rekaan sepanjang aku berada di Manchester.

Selama 3 hari 2 malam aku stay di Manchester aku sempat merasa untuk stay di hostel. Dimana aku boleh merasa pengalaman berkongsi bilik dan bilik air dengan stranger. Sesuai dengan nama hostel atau bed and breakfast hostel ni hanya berharga 28 Pound sahaja untuk 2 malam termasuk breakfast. Murah giler beb. Memang sesuai untuk backpacker.

Di Manchester aku hanya sempat jalan2 sekitar bandar manchester dan juga ke stadium Manchester United. Walaupun aku tak berapa minat MU tapi dah alang-alang aku dah kat sana aku gagahkan kaki je lah melangkah ke sana. Teringin jugak nak tengok stadium old traford.

IMG_2304

Dari Picadilly korng boleh naik train terus ke old traford. Harga tiket tak mahal sangat pun dalam 2.80 Pound.

Then aku lepak kat Picadilly Garden. Dekat sana boleh lah releks2 tengok orang putih berjemur sebab kat sana cuaca agak sejuk. Jadi diorang akan berkumpul kat padang untk amik cahaya matahari.

Overall not bad lah Manchester. Kalau di beri peluang aku nak sambung study dekat sana.

Untuk ke Manchester dari London korang boleh naik train dari London terus ke Eustern them amik virgin train ke Picadilly Manchester harga agak malah dalam 88 Pound.

IMG_2299 IMG_2301

Ni nasi goreng malaysia. Ada kedai kat bandar manchester jual. Aku lupa dah kedai apa. tapi dekat dengan picadilly garden tu.

IMG_2389

Lepak di Picadilly Garden Sensorang

IMG_2428 IMG_2506 IMG_2513 IMG_2518

Breakfast hari2 aku di Manchester.

The post Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Manchester appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode London

$
0
0
IMG_2681

HYDE PARK LONDON

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode London  | Untuk episode kali ini merupakan sambungan daripada trip ke europe di manchester. Sebenarnya aku terlebih dahulu singgah di london setelah direct dari Air Port CDG Paris dengan Euro Star. Namun dari London aku terus ke Manchester untuk memulakan journey aku bermula dari Manchester.

IMG_2557

dapat makan nasi sedap giler walaupun tawar sikit.heheh

IMG_2546

ibis hotel london. Kira selesa gak lah

Di London juga aku dah muka belajar menggunakan tube underground. Sebenarnya tak susah pun nak guna tube ni. Bila dah faham konsep dia InshaAllah korang boleh ke mana-mana hanya menggunakan train sahaja sangat senang sangat.

Setelah sampai ke London dari Manchester aku terus ke Heathrow terminal 2 untuk bersama geng lain dari selamatbercuti.com yang dinamakan Taste of Europe with Faiz Dicke.

IMG_2547

IBIS HOTEL LONDON EXCEL

IMG_2551

ROYAL VICTORIA DOCK

IMG_2552

ROYAL VICTORIA DOCK

IMG_2571

TOWER BRIDGE

Faiz Dicke korang mesti kenalkan. Trip ni khas untuk gila-gila bersama dengan faiz. Perwatakan dia di dalam ig gila-gila macam tu lah faiz di luar. Sangat happening. #gerobok.

Ok dari Heathrow kami terus di bawa ke ibis hotel london untuk check in, Dalam jam 6 petang kot sampai di ibis hotel. Then masing-masing free and easy. Waktu ni aku pilih untuk hirup udara petang di london memandangkan london masih lagi cerah jam 7 petang.

IMG_2629

BUCKINGHAM PALACE

Balik dalam jam 8 malam terus membuta sebab jet lag masih lagi belum hilang.

Hari kedua di London kami di bawa pusing2 kota london dan sepanjang trip ni kami di ketuai oleh tour guide dari london aku tak ingat nama dia.

IMG_2594

TOWER BRIDGE

IMG_2621

OXFORD STREET LONDON

IMG_2649

BUCKINGHAM PALACE

IMG_2684

HYDE PARK

Di sana kami ke buckingham palace, tower brigde, Hyde Park dan lunch di sekitar marble arch station. Kat sini banyak makanan halal kalau korang nak cari.

Selain tu kami juga ke oxford street. Kat sini aku rasa aku tak shopping sangat kot. Tapi aku suka ke primark. Barang kat sana serius murah gila babi kot.

Sepanjang 2 hari kat london aku just pusing2 area dekat-dekat jer. Then keesokan hari nya kami terus bertolak ke Amsterdam via Brussel. Kali ni aku dapat merasa naik ferry dari london ke paris.

IMG_2686

HYDE PARK

IMG_2696

MARBLE ARCH

IMG_2697

MARBLE ARCH

IMG_2647

BUCKINGHAM PALACE

 

DCIM102GOPRO

Yang ni konon2 go pro kena sambar helang agaknya..haha style baru…

 

IMG_2702

masa nak balik hotel ternampaj scene ni cantik giler.

IMG_2754

Tower Bridge

IMG_2756

atas ferry ke paris dari london

IMG_2720

cuaca sejuk gila bai kat atas ni

IMG_2673

PIC WAJIB MASA DI LONDON

IMG_2566

WITH FAIZ DICKE DI IBIS HOTEL LONDON

Tempat Menarik di London Harus Dilawati

  • Hyde park
  • Buckingham Palace
  • Stanford Brigde
  • Tower Bridge
  • London Bridge
  • Primark
  • Oxford Street
  • Marble Arch (Tempat Makan Halal)
  • Edgware Road
  • The Square Mile London
  • Malaysia Hall London
  • British Museum
  • National Gallery dan National Portrait Gallery
  • London Eye
  • Tate Modern dan Tate Britain
  • Natural History Museum
  • Science Museum
  • Westminster Abbey dan Parliament Square
  • Tower of London
  • St Paul’s Cathedral

The post Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode London appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam

$
0
0
DSC_1633

Senggigi Island. Dari sini boleh tengok 3 pulau Gili. Memang view yang sangat ohsem

Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam | Awal april 2015 yang lepas sempat juga aku ambil short vacation sebelum jelajah eropah selama 3 minggu. Pre vacation orang kata untuk ambil mood bercuti. Dah alang-alang Air Asia sedang buat promo terus aku grab. Harga tiket hanya RM99 sehala. Murah gila kan… Tapi Air Asia kalau dalam asia tenggara boleh lah naik. Kalau jauh-jauh aku sarankan another airlines.

IMG_1723

Laman Kila Senggigi Resort

IMG_1782

Baru lepas check in. Garden View. RM300++ per night

Berbalik kepada cerita di lombok. Actually aku dah ada update sedikit pasal trip aku ke lombok tempoh hari, Nak baca boleh ke link ni Trip ke Lombok Indonesia | Kembara FF 2015

Untuk post kali ini aku nak kongsi kan sedikit Trip ke Lombok Indonesia | Kembara FF 2015. Bagi aku pakej yang korang ambil haruslah berbaloi dengan bayaran yang korang dapat. lagipom ianya bagi menjamin setiap aktiviti korang kat sana berbaloi.

IMG_1945

Sunset di Kila Sengigi Resort. Sebelah sana adalah Pulau Bali

IMG_1951

Sunset di Kila Sengigi Resort

Aku sarankan kalau korang ambil pakej selama 4 hari 3 malam korang boleh bermalam 1 malam di sebelah senggigi dah lagi 2 malam gi belah Gili bagi yang suka happening. bagi yang suka ketenangan korang boleh stay di Senggigi dan boleh amik day tour ke Gili island.

Untuk pakej yang aku ambil hari tu 3 malam berturut turut aku stay di Kila Senggigi Beach Lombok. Rasa agak menyesal juga sepatutnya aku hanya amik satu masa sahaja di senggigi. Lagi dua amalm aku stay di Gili.

DSC_1669

Air Terjun Rinjani belah bawah. 10 minit jalan kaki

IMG_1818

Air Terjun Rinjani bahagian atas. 30 minit jalan kaki

Dibawah ini aku kongsi kan Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam yang aku ambil.

Hari -1 : TIBA DI LOMBOK + CHECK IN HOTEL (maybe boleh skip kot part ni kalau korang jenis bukan jiwa seni macam aku sebab agak boring)

  • Hari pertama setelah samapai di Air Port seelokkan korang boleh start tour jika korang sampai awal. Tour biasanya diorang akan bawa ke ke perkampungan tradisional Sasak di Kuta.
  • Then diorang akan bawa ke pantai pasir putih di Kuta dan Tanjung A’an.
  • Makan siang disiapkan di Lokal restaurant
  • Mengunjungi Kampung Banyumulek yang terkenal sebagai pusat kerajinan gerabah (keramik) dari tanah liat dan proses pembuatannya dapat dilihat langsung
  • Kampung Banyumulek yang terkenal sebagai pusat kerajinan gerabah (keramik) dari tanah liat dan proses pembuatannya dapat dilihat langsung.

Tiba di bandara di Selaparang dan dijemput langsung di antar ke hotel untuk bermalam.

Hari -2 :  FULL DAY 

  • Boleh ke Air Terjun Rinjani. Lebih kurang 30 minit mendaki untuk ke Air Terjun Rinjani. Tapi memang puas hati sangat walaupun penat nak mendaki. Walaubagaimanapun jalan ke air terjun tu cantik.
  • Hari kedua aku rasa maybe sampai petang kot korang kat air terjun tu.

Hari -3 : FULL DAY GILI TRAWANGAN TOUR 

  • Makan pagi dihotel, kemudian dilanjutkan dengan perjalanan tour melewati Malimbu dengan pemandangan laut yang mempesona menuju pelabuhan Bangsal/Teluk Kode dengan menggunakan perahu mesin ( Outrigger boat ) menuju sebuah pulau yang indah dan cantik yaitu Gili Trawangan. Sampai di pulau dapat menikmati keindahan  alam Gili unutk berenang , snorkeling , berjemur atau santai. Setelah menikmati keindahan pemandangan alam bawah laut , kemudian menikmati makan siang yang disiapkan di lokal restorant. Aktifiats lain yang bisa dinikmati seperti : Canoe , Naik Kuda , Naik Cidomo , Naik Sepeda ( biaya sendiri ).Sore hari kembali berlayar menuju Bangsal/ Teluk Kode selama 30 menit dimana kendaraan sudah menunggu.
  • Hutan Pusuk pass sambil melihat dan bercanda dengan monyet yang jinak sambil memberi makan mereka. Sore hari tiba di hotel dan acara bebas.

Hari -4 : CHECK OUT & TRANSFER KE AIRPORT 

  • Makan pagi di hotel, acara bebas sampai waktunya diantar kembali ke Airport untuk perjalanan selanjutnya.
Processed with VSCOcam with c1 preset

Merenung masa depan katenyer…hehe

IMG_1916

Alone sangat kan..

IMG_1904

menanti sunsert di Kila Senggigi Resort

DSC_1706

Monkey Island

Tips

  • Bagi jenis yang tak suka seni macam aku day 1 tu korang boleh ke pantai pink. Sebab bagi aku nak melawat tempat tradisional ni agak bosan kot.
  • Air Terjun Rinjani wajib pergi. Tu lambang lombok kot.
  • Bagi yang suka happening boleh stay di Gili Island.
  • Bagi yang nak tgk sunset atau untuk honeymoon boleh stay di area Senggigi.

IMG_1874

Sunset di Kila Senggigi Resort

IMG_1804

Air Terjun Rinjani

IMG_1984

check out. Serius puas hati stay di Kila Senggigi Resort.

Untuk tempahan boleh terus hubungi direct Encik MOHD (019 —–) lagi murah dah itinerary boleh di ubah mengikut kehendak sendiri.

The post Pakej Percutian ke Lombok 4 Hari 3 Malam appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.


Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Amsterdam

$
0
0
Processed with VSCOcam with c1 preset

Iamsterdam. Antara Tempat Wajib Untuk Ambil Gambar. Tapi Orang Ramai Sangat Kalau Nak Fefeling Ko Sekor Je Nak Bergambar Dengan Iamsterdam Tu Harap Lupakan Jer.

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Amsterdam. Baru ada mood sikit aku nak teruskan update mengenai percutian aku di europe bulan lepas. Episode kali ni sambungan untuk episode Manchester dan London.

Habis jer backpack ke Manchester aku terus sambung ke London bersama group SelamatBercuti. Dalam 3 hari 2 malam aku stay di London. Semua kisah di London aku dah cerita di dalam episode London.

Untuk episode Amsterdam ni maybe aku tak nak bercerita sangat sebab aku pun tak de apa nak cerita kat sana, cuma apa yang aku boleh kata episode amsterdam ni paling best walaupun ada sedikit tak seronok bila hotel yang kami stay jauh dari bandar dan terletak di tepi highway.

Gila jauh bai nak ke kota Amsterdam dari hotel. Tapi disebabkan orang kata night life di amsterdam best terpaksalah kami berlima menggunakan khidmat teksi untuk kesana. Adalah dalam 30 minit kot tapi tambang teksi dah lebih kurang 250 Euro. tong2 dalam 5 org kena lah lebih kurang 50 euro sorang.

Balik kami naik train jer tapi sepatuh jalan lagi separuh memang kena naik teksi untuk ek hotel. Jadi jimat lah sikit.

Ni sedkit sedutan itinerary aku sepanjang di Amsterdam. Tapi tak der lah ikut 100%. Actually bagi orang lain Amsterdam merupakan hari ke 3 dan 4 tapi bagi aku dah hari ke 7 kot.

Day 3 London – Brussels – Amsterdam (Breakfast, Dinner)

Breakfast at Hotel. Today we depart in the morning for Amsterdam via coach. We will start our journey to Dover where you will on board a Le Shuttle to cross the English Channel. Once you arrive in Calais (France) we will proceed to Amsterdam. Arrive and check into hotel by 1400 hrs. Rest of the day is free at leisure. Overnight at Tulip Inn Amsterdam Riverside 3* or similar.

Day 4 Amsterdam (Breakfast, Dinner)

Breakfast at Hotel. This morning proceed for a Guided City Panoramic Tour of Amsterdam and then we will visit Coaster Diamonds. A Canal Cruise (Admission Included). Later we proceed for Heidelberg. Enroute we will visit the Cologne Cathedral (from outside) and then continue our journey to Heidelberg. Arrive and check into hotel. Rest of the day is free at leisure. Overnight at Ibis Heidelberg 3* or similar.

IMG_2781

Welcome To Amsterdam. Dalam Bas. Kalau Ikutkan Hati Nak Jer Stop Tepi Jalan Amik Gambar. #Somalay

IMG_2810

Selfie Di Kota Amsterdam Untuk Lihat Night Life Kat Sana. Sangat Awesome Okay

Masa selfie ni jam 5 pagi. Cuaca paling sejuk sepanjang aku di europe selain Mt. Titlis Switzerland. Ketaq sampai ke kaki weh. Masa ni kalau pompuan sensorang memang tak sesuai sebab ramai orang mabuk maybe baru balik dari club kot.

Processed with VSCOcam with g3 preset

Penampakan sesuatu

Kau korang perasan yang kat belakang tu Faiz Dicke. Selalu kacau aku nak amik gambar.

IMG_2843

Sometime Thinking Where Am I…..

IMG_2846

Amsterdam

I Can’t Believe I’m At Amsterdam. Am I’m Dreaming? River Ni Sangat Popular Kat Amsterdam Okey. Aku Ada Tengok Dalam The Amazing Race 26 Hari Tu.

DSC_1964

Amsterdam

DSC_1968

3 teruna pengitan cari makan di kota amsterdam, Dari kiri Padin, Faiz Dicke, FF

DSC_1976

Selalu aku tgk org amik pic tepi jalan ni. Nak try ler…

DSC_1989

Kota Amsterdam

DSC_1990

Kota amsterdam

Dah habis part Amsterdam Tour. Sekarang ni aku sambung untuk Tulips pulak. Ladang Tulips ni hanya di buka pada musim bunga jer. Kalau ke Amsterdam korang tak gi tgk tulips ni memang rugi gila. Jom kita layan gambar2 tulips.

25022214

Tulips in Keukenhof Holland

4_the-netherlands-tulips

Tulips in Keukenhof Holland

image012-729407

Tulips in Keukenhof Holland

article-0-0BC2A68F00000578-251_964x565

Tulips in Keukenhof Holland

7118165801_173752bb1a_o

Tulips in Keukenhof Holland

tulips_7

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2006

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_1973

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_1972

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2013

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2010

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2009

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2027

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2026

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2016

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2042

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2038

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2031

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2907

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2052

Tulips in Keukenhof Holland

DSC_2046

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2921

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2918

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2915

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2936

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2934

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2927

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2922

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2938

Tulips in Keukenhof Holland

IMG_2939

Tulips in Keukenhof Holland

 

Ok dah habis dah habis dah part Amsterdam. Last sekali aku nak berterima kasih kepada #travelocity dengan kerjasama #selamatbercuti atas trips yang awesome ini. Aku sudahi trips kali ini dengan 2 keping gambar yang boleh dikatakan ohsem jugak. Layannnzz..

DSC_1955

Faiz Dicke

DSC_1958

Padin

Sorry Padin & Paiz…Jangan marah ye…. Ben yg snap!!!

The post Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Amsterdam appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Germany – Heidelberg

$
0
0
IMG_3046

Sempadan Switzerland – Germany (Lake Titisee)

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Germany – Heidelberg. Kisah travel aku bersambung lagi untuk heidelberg germany. Kali ni aku just singgah kejap jer dan terus ke swiss. Sebelum ke Heidelberg aku stay dulu di hotel ibis frankfurt tapi kat frankfurt tu aku tak sempat nak jalan-jalan pun just singgah untuk berehat satu malam jer. Nak keluar malam tu pun dah lewat sangat sampai di hotel.

Untuk episode ni sikit je yang aku boleh shared sebab sempat singgah kejap jer. tapi serius view kat heidelberg ni awesome gila. Tak caya korang tengok gambar bawah ni. Memang cantik giler..

DSC_2090

lake titisee sambut birthday padin yg kepala botak tu…Curluss u oll….

DSC_2093

lake titisee

DSC_2096

Sejuk gila masa ni. bayang kan duk rgh2 tasik masa cuaca sejuk. Perghh air tak yah cakap lah rasa nak beku jer

DSC_2101

Europe’s largest Manmade Water Falls

DSC_2104

Europe’s largest Manmade Water Falls

IMG_2949

Heidelberg Castle

IMG_2977

Heidelberg Castle

IMG_2980

Heidelberg Castle

IMG_2984

Heidelberg Castle

IMG_2985

Heidelberg Castle

IMG_2991

Heidelberg Castle

IMG_2992

Heidelberg Castle

IMG_2994

Heidelberg Castle

IMG_2999

Black Forest

IMG_3002

Black Forest

IMG_3010

Rhine Falls

Processed with VSCOcam with c1 preset

Heidelberg Castle

IMG_3014

Lake Titisee

IMG_3056

Rhine Falls

IMG_3061

Rhine Falls

Processed with VSCOcam with g3 preset

Rhine Falls

Processed with VSCOcam with c1 preset

Rhine Falls

habis jer singgah kat sini aku terus ke swiss dalam 6 jam perjalanan. kat sini sempat lah aku lunch dulu.

Setakat ni jer lah yg aku shared pasal trip europe ni. Nanti aku sambung untuk episode Swiss pulak.

Regenerate Your Soul in Yilan City Taiwan

$
0
0

PICKUPSIGN

Regenerate Your Soul in Yilan City Taiwan.  Alhamdulliah akhirnya sampai juga aku ke destinasi terakhir untuk kembara 2015 fasa 1. Lepas ni ada lagi ke tak tu belum pasti lagi. Harap-harap lepas ni ada lagi peluang nak fly.

Kali ni kita fly tak jauh pun hanya makan masa 4 jam dari Malaysia untuk membawa aku ke bumi taiwan buat kali yang kedua. Kali pertama aku pergi pasa bulan puasa 2014 bulan julai maybe.

Untuk trip kali ni dibawa khas oleh Yilan County Government dan juga Creative Industry Centre of Chinese Culture University in Taiwan.

Terima kasih banyak2 sebab sudi menjemput aku ke sana.

Trip ini di namakan Regenerate Your Soul in Yilan City. Bermaksud aku kena terapkan culture di sana dan berkongsi dengan korang tetang apa yanga da di Yilan.

taiwan_tea_area_map_1

Taiwan Map

Negeri Yilan terletak bawah sikit dari Taipei dan merupakan kawasan kampung. Jadi tujuaan aku adalah untuk membiasakan jiwa aku dengan keaadan kampung di negeri Yilan ni.

Mission: Experience local life by taking shower at A-Lan-Cheng Fountain Pool with local people and learn local language at the same time.

Ni misi aku sepanjang aku stay di sana. Huhu…part paling susah tu maybe kena belajar bahasa depa tuh….Tapi tak kisahlah janji aku cuba. tak sabar pulak rasa…huhu

11401586_10204649019609352_8425837419963336280_n

InshaAllah doakan aku Selamat sampai dan kembali….Tak nak jadi macam tahun lepas masa aku ke sana ada angin kuat yg melanda pastu ada pulak flight terhempas masa flight aku nak balik malaysia….Huhu

Homestay at Yilan Taiwan | Farmland BNB

$
0
0

IMG_5652

Homestay at Yilan Taiwan | Farmland BNB. Sebelum ni aku ada cerita yang aku telah secara tak sengajanya maybe terinvited untuk ke Ynilan sponsor by Yilan County Government dan juga Creative Industry Centre of Chinese Culture University in Taiwan.

Aku sangat-sangat berbesar hati untuk menerima tawaran ini dan jutaan terima kasih buat pihak sponsor atas semua yang dilakukan sepanjang aku berada di Yilan City Taiwan. Memang sangat puas hati dengan aktiviti, makanan dan layanan yang sangat baik.

Untuk entry aku kali ini aku nak cerita sikit tentang homestay yang di sediakan untuk aku sepanjang 3 hari aku di Yilan.

Sebuah homestay yang sangat unik dan im really love it. Homestay yang dikelilingi oleh ladang dan sawah padi memang membuatkan aku rasa tenang menguhirup udara segar dan pemandangan desa yang cukup indah.

Homestay yg aku maksudkan adalah Farmland BNB. Terletak di kawasan sawah padi, depan homestay ada ladang bunga dan belakang homestay ada ladang sayur milik homestay ini sendiri.

Tuan punya homestay sangat baik. Peramah cuma mak dan ayah dia tak reti cakap orang putih tapi nasib baik anak dia boleh cakap orang putih. jadi tak der laha ku boring sangat sepanjang duk sana.

Ni aku belanja sikit gambar2 aku di homestay tu…

IMG_5940

Salah sorang owner homestay ni.

IMG_5621

ini lah FarmLand BNB tu…menarikkan..

IMG_5619

Ada TV LED lagi…ada tempat makan dan minum

IMG_5616

Katil sangat selesa. rasa macam x nak bangkit jer

IMG_5620

depan homestay. Banyak pokok2 bunga..

IMG_5655

antara hiasan dalam homestay ni. Dah macam galeri dah.

IMG_5658

ruangan dapur

IMG_5659

ruang tamu

IMG_5660

dinner aku malam pertama. sedap weh. semua sayur2 dari ladang sendiri

IMG_5669

belakang homestay

The post Homestay at Yilan Taiwan | Farmland BNB appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland

$
0
0
Zurich_03

Zurich

Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland. Travelog aku bersambung utnuk episode Zurich Switzerland pulak. Lepas episode ni hanya tinggal Episode Mt. Titlis Switzerland dan Paris. Lepas tu aku akan terus sambung untuk Percutian di Tokyo Jepun dan Yilan Taiwan.

Switzerland memang dari dulu lagi memnjadi salah satu negara yang paling aku nak pergi. Kira kalau dalam list tu menjadi top 3 lah selain New Zealand dengan Sepanyol. Alhamdulillah tercapai jugak akhirnya.

Switzerland  menggunakan matawang sendiri ye iaitu Swiss Franc bersamaan 1CHF = RM4.08. Duit swiss ni uniq tau cantik giler duit dia. Then kalau korang jelajah EU korang tak payah tukar duir Euro ke Swiss Fr ni sebab kat swiss diorng accept duit Euro cuma maybe baki diorng akan bagi dalam swiss fr. Then setiap harga kat swiss pun diorang dah sediakan harga dalam euro. lagipun nilai mata wang euro dgn swiss fr ni lebih kurang jer.

swiss_franc_notes

Note duit Swiss Franc (CHF)

Seperti dalam jangkaan tentang swiss ni harga barang-barang dan makanan kat sana memang mahal jika dibandingkan dengan negera-negara eropah yang lain. Gila air kosong pom dah dekat RM4 kot kat sana. Tu satu gelas tu bukan sebotol ok. hahah Aku makan Banana Split pom dah dekat RM70. Hahah gila bai. Memang tak leh hidup kat sana.

IMG_3295 (1)

Rupa banana split RM70

Barang-barang shopping tu tak yah citer lah, harga main ribu ribu jer. Nak beli jam tangan pun ketaq lutut oii…So kat sana memang aku tak beli apa-apa.

Dari Heidelberg kami ikut jalan Black Forest. Memang serius cantik gila. Aku nak tidur dalam bas pun rasa sayang jer. Tapi last2 tertidur jugak. Maybe sebab penat kot.

Dalam jam 7 malam jugak kami sampai di ibis hotel swiss. Hotel ibis memang selesa sesuai untuk pakej bajet ke europe. Harga pun stnadard tak mahal sangat.

Sampai hotel tu kami mandi2 dan dinner seksiap. Malam tu kami keluar jalan-jalan tengok bandar swiss. Memang awesome dan cantik weh. dari ibis kami naik bas dan train ke bandar. Nak naik teksi tak yah cakap lah mahal gila. Teksi pun pakai BMW kot.

Train kat sini sistem di lebih kurang je dengan negara-negara eropah yang lain senang je nak naik then train kat swiss ni 3 tingkat okey.

IMG_3072 (1)

train 3 tingkat

Dalam 3 hari 2 malam kami stay kat swiss ni memang rasa tak puas. Rasa nak gi lagi je pasni. Untuk hari pertama kami just bersiar2 shopping2 dan tengok2 je. Dan hari kedua kami ke Mt Titlis. Saja nak rasa salji. Nanti part Titlis aku update lain kali yer.

Ni aku belanja gambar2 kat sana.

Bahnhofplatz_-_Hauptbahnhof_-_Bahnhofstrasse_Zürich_2010-09-21_14-34-44_ShiftN

Bahnhofstrasse Zürich

IMG_3092 (1)

Zurich waktu malam

IMG_3075 (1)

bandar Zurich waktu malam

IMG_3081 (1)

jalan2 kat town zurich. Kosong sebab malam minggu org swiss lepak rumah dengan family

IMG_3286

Geng Sempoi. Sorang tak der

IMG_3306 (1)

belakang tu Mt Titlis.

IMG_3317 (1)

Sambut besday Faiz Dicke kat Swiss

ankunft-zurich

Ankunfit Zurich

 

cygne_lucerne_der_modifi_okok

Lucern

Headers_Globus

Lucern

lucerne_along_river_reuss_v

Lucern

Restaurant-Lucerne-9f

Lucern

Eh tak banyak pulak gambar dalam album ni. Terdelete kot. Rasanya aku amik banyak…

Top Attractions of Switzerland

  • Matterhorn Symbol of Switzerland
  • The Rhine Falls
  • Creux du van
  • Jungfraujoch
  • Chillion Castle
  • Ruinalta
  • Bernina Express
  • San Gottardo
  •  Switzerland Museum
  • Emmental AOP Show Dairy
  • Open Air Museum Ballenberg
  • Lucern

 

The post Percutian ke Eropah 15 Hari 6 Negara | Episode Zurich Switzerland appeared first on Faizal Fredley | Traveling in Style.

Viewing all 89 articles
Browse latest View live